Monday, March 28, 2011

ATV, PaintBall,ShootTarget was Awesome!!

Di kala hujung minggu, kalau banyak masa dan mesti uwang juga, ape salahnya kita cari aktiviti yang boleh bagi urat bontot tegang cikit kan. So, kawan-kawan mari lah kita ber ATV. Encik Sapik saya cukup pantang kalau girlfriend dia membebel cakap bosan, tadak benda nak buwat hujung minggu. Mula la dia cari benda yang boleh tutup mulut puaka aku. Nah! ATV jawapan kami untuk minggu ini. Sila jangan jeles kalau saya nak cakap sume benda yang kita main pada hari tersebut adalah totally free package sekali breakfast, lunch yang superb macam dekat hotel dengan mandi dekat pool. Kagum tak? Kebetulan je tu, apa orang cakap, langkah kaki kiri. Harhar.

Pagi yang agak hening tu dimulakan dengan perasaan marah membuak-buih dekat Sapik yang tidor balik lepas aku kejut dia pukul 7. (Tape, lepas dia pergi ambil aku, aku dah bebel dekat dia empat bakol). Padan muka ko pendek. Oh!Pendek tu panggilan kadang-kadang aku dekat Sapik. Panggilan selalu aku dekat die itik, jalan terkedek-kedek golek bontot macam itik. Menyampah aku.! Tengok tu, nak describe pasal Sapik dah berjela. Tu yang takde orang hendak baca blog kaw.

Okey-okey, lepas tu kami breakfirst omputih style. Orang yang join AVT Adventure ne ya Rabbi, superb ramai. Al-maklumlah, nama pun free kan. Semua orang cintakan benda free. Over! Aku ingt untuk kami je free, perasan sungguh!.

Sementara tunggu AVT free tu, kami maen tembak-tembak free. Nak maen paintball free takot, lagipun kami berdua je, tak cukup members. Kami tak tahu hari tu sume free. Kalau tak i bawak nenek i dari kampung maen AVT sama taw. Over lagi!

Jom tengok boyfriend i menembak. Style dah ada, tapi sayang jangan percaya pada style, die banyak tembak pokok buluh kat belakang tu je. Ape dia nampak tah kat pokok tu. Muka ex-girlfriend yang tinggalkan dia tu kot. Kehkeh.


Yang ne baru style + terer (padahal, haram tak kene satu pun)


Mamat ne excited sampai ternganga mulut.


Penat i, minum dulu. Budget panas dan lumpur. Aku siap pakai inner dengan tight legging. Over gile, padahal boring. Cecece, tipu je. Memang mencabar okey. Tapi akukan hebat dan pro. *Muntah!! Memperkenalkan ustazah abad ini.Wink. Wink.


Kontrol pendek. *Muntah!

Marilah kita menonton sedikit sedutan activiti bermain ATV



video


Add ImageKalau anda semua nak info lebih. Jom lets check it out their coolest blog. Memang style. Semua info ada kat website ini. Call dorang k. Owner dia baek gile. Tak tipu.

http://www.atvadventurepark.com/


Promote sikit. :)


eXplorace bersama officeMate TM

Minggu ne kalau nak cita, memang tak menang anak tekak. Memang wa superb busy. Datin Rosmah pun kalah. Tapi busy perabih duet gaji laa. Sabor je la. Hari Sabtu lepas team iDFM Telekom telah menjayakan Program eXplorace Challenge dengan kerjasama budak-budak UiTM. Pagi-pagi wa sudah dapat dosa basi. Habis orang wa maki caci, sapa suh depa mai lambat. Janji pukul 7.30 pagi. Tapi pukul 9.00 baru gerak. Memang dorang layak dapat penendang la kan.
.
Wa nak bercerita simple simple je. Game die penatkan wa, sebab tempat dia memang luas tak hengat nak bagi orang mampus, game die fun tahap budak-budak nak naek. Fasi dia baek tapi ada jugak yang kene dengan mulut celupar gua. Padan muka kaw. Game habes dalam pukul 12, lepas tu ade penyampaian hadiah sikit. Team guwa memang terbaek la dapat no 5. Kalu ada 20 team, gamaknye no 20 la team guwa. Biasala, style guwa memang rilex dan cool.


Lepas tu, kami makan. Bubur terbaek. Sedap tahap menjilat jilat. Lucah sikit. Maap. Lepas dah melantak, ape ditunggu lagi, kami belah la, balak aku dah lama tunggu aku nak pergi beli tudung. Tudung. :) .


Pehal tah duk kontrol cun. Padahal tak cun pun. Muntah!! (Mood jeles dorang muda cantik kurus)




TA team aku memang makan banyak gila. Korang tengok perot dia pun korang dah taw kan. Aku malas nak explain over. Ha!


Eh. Kecik dengan akak besar

Gambar reramai tadak, sebab budak budak UiTM tak hantor lagi dekat guwa. Lembap la korang budak, taw la guna kamera DSLR. Khaktui!!!






Wednesday, March 23, 2011

Jerawat

Jerawat. Kenapa tajuk entry kali ini adalah jerawat. Memandangkan aku yang punya blog ini, bagi la chance aku jawab balik soklan senang aku tanya tadi ye. Tajuk entry kali ini jerawat sebab, masa aku duk korek behun sup terlekat kat braces aku tadi, aku perasan, ade jerawat batu hinggap kat dahi luas aku. Jerawat pun jeles tengok dahi aku luas macam padang golf kan. Sebok die nak menempal jugak.
.
Jerawat selalu dikaitkan dengan remaja umor yang agak agak muda tarap gatal baru nak naek. Kenapa jerawat tumbuh? Jerawat gatal nak tumbuh bila kelenjar minyak kat body korang overloaded mengeluarkan minyak dan sebum di kulit especially muka, dada, belakang yang berbulus mulus. Geli mak taw.
.
Liang minyak yang tidak dikorek bersih akan tersumbat dan membentuk bintik putih jika ia terjadi di dalam kulit dan membentuk bintik hitam jika ia terjadi di luar kulit. Sila jangan konpius.
.
Kawasan radang yang terbentuk di sekeliling jerawat akan menjadi nanah dan meninggalkan parut jika tidak di rawat dan anda kedekut untuk membeli ubat. Ubat diet korang boleh beli, ubat jerawat mahal sangat ke? Renung renung dan selamat beramal. Hehehe..

Wednesday, March 16, 2011

Balik Kampung


Tak sabar gila nak balik cium pelok budak comeeel tapi degil kat atas ne,
Nak balik ziarah abah, nak balik tengok mama, nak balik chit chat dengan the siblings

Monday, March 14, 2011

Gigi

Gigi adalah struktur keras berwarna putih kekuningan dan lokasi gigi tumbuh mestilah di dalam gusi mulut bukan di tapak kaki mahupun bawah ketiak. Ia digunakan untuk mengunyah, meragut, menghancurkan dan juga memamas sebarang benda yang di masukkan di dalam mulut. Paham tak? Tak paham sudah. Mukadimah bukan maen, kalah esei PMR. Gigi manusia normal ada 32 batang. Cekira, cekire. Agak-agak terlebey tu bukan manusia normal la tu. Kalau kurang tu tandanya anda sudah tua maka gigi yang sudah uzur telah gugur.

Kalau agak agak masih anak dara sunti teruna pujaan, tapi gigi tidak cukup 32 macam mana? Tu tandanya gigi dia rosak, lepas tu doctor gigi menyarankan membuang gigi tersebut sebab dia malas nak plaster gigi awak yang dah berlobang macam kawah danau toba kat Indonesia. Aku masih dara sunti tapi gigi aku dah hilang 4 batang. Memang masa kecik kecik perangai malas gosok gigi aku je yang taw. Selalu aku ambil ubat gigi letak kat jari lepas tu sapu kat gigi. Then kumor. Siap. Step gosok gigi macam aku takkan lebey dari 10 saat. Tak caye balik try kat umah. Akibatnye, umor baru 24 tapi dah 2 batang gigi aku kene buang. Dah besar besar ne masalah takot nak menampal gigi lak berjangkit. Memang aku brutal, tapi bila berkaitan dengan gigi aku malas. Muka cantik, tapi gigi bersepai. Opss, cantik ke? Tanya boyfriend saya, dia cakap saya cantik.

Tapi untung gak, aku malas gosok gigi masa kecik, tak fasal fasal aku dah buang 2 batang gigi. Before aku kene pakai braces minggu depan, aku dah cabut gigi lagi 2 batang. Kalau kene cabut 4 batang sekali gus mau aku tak makan nasi seminggu. Yang hitam hitam tu tempat gigi aku rongak. Yang gigi tersusun putih tu korang jangan percaya, tu bukan gigi aku. Tok sah nak pentipu, gigi korang pun bukan putih sangat. Member member duk perli gigi rongak cam orang tua, perli la perli la.
Sebenarnya aku tanak citer, tapi cam nak citer lak. Ish, malu taw.. Dua tiga hari ne ramai lak mamat pakai BMW la, merz la, yang naek motor cabok lagi ramai duduk sengeh sengeh usya aku, aku sekarang ne duk kaver senyum sikit sikit je sebab takot kantoi aku gigi rongak. Jatuh la kemaluan aku kan. Tapela tape la. Tahun depan gigi aku cantik cam Britney Spears. Hambek ko!!!

Next week saya pakai braces!!!! Bersedia untuk tidak selera makan selama setahun setengah!!

Monday, March 7, 2011

Shafiq

Boyfriend saya pergi outstation,
Rindu gila kat dia

Tuesday, March 1, 2011

Love Ya



Semalam bf saya buwat surprised macam dalam citer omputih. Tinggal saya sorang sorang pastu die pergi larik beli bunga dekat saya. Saya nak col dia tak dapat sebab phone die bateri king kong. Sweet tak bf saya. Uolls jangan jeles taw.

Sayang, ily so much