Thursday, May 26, 2011

Trip Hari Ke-3 : We both Coming to Singapore

Punyala penat gila chek beng berjalan-jalan kat Singapore neh. Panas kalah padang fasir. Patut la orang kat sini semua pakai hot pent dengan baju nampak segala lurah. Pastu pkai sunglass. Memang style habes. Aku sebagai foreigner di Singapore pakai ala-ala kayu memang menanges la ketiak kan.


Naek bas nak pergi sane tak mahal sangat, RM3.30 je sehala. Tapi kene rajin berlari la kejar bas turun naek imigresen dua tiga kali. Kalo yang ada sakit gout tu better pergi naek flight ye. Perjalanan dari stesen bas Larkin, JB ke Singapore memakan masa setengah jam, dari imigresen Singapore ke city pun lebih kurang setengah jam.


At first, kalau yang pergi Singapore dengan bas dan percutian yang hanya satu hari better korang naek MRT. Senang, convenient dan tak penat sangat. Kira murah la jugak. Bayar $18 dollar per person untuk kesemua destinasi. Tak payah susah-susah turun naek beli ticket dah. Tapi once korang return ticket dia akan pulangkan duit korang $10. So, tak mahal kan? Main stesent kat sini City Hall, lebih kurang KL sentral la. Tapi memang jauh lagi cantik dan canggih la kan. Sila ambil map dan rancang perjalanan anda supaya tak pergi tempat yang sama dan anda kerugian masa. Better tengok map dan pergi jalan tempat yang sehala. Then balik semula ke city Hall, dan teruskan perjalanan ikot hala laen pulak. Paham tak?


Kalau datang Singapore tak pergi dekat Merlion Park macam tak sah kan. Mesti nak berposing air pancut singa keluar dari mulut korang. Tapi mohon hampun ye, masa kami pergi singa yang besar gabak tu tutup sebab tengah selenggara. Yang singa kecik ada la dua tiga ekor.



Lepas tu kami bersiar-siar sekita tasik dekat Marina Bay. Memang cantik sangat. Ramai orang tua date kat sini taw. Tempat dia luas sangat, nama tempat pelik-pelik tak sempat nak ingat semua. Kami banayak jalan dari naek MRT sebab kalau naek MRT susah nak tengok tempat. MRT kan bawah tanah dan nak tengok stesen dia sangat susah taw. Tapi jangan risau sebab banyak sangat signboard dekat Singapore ne. Jangan risau sesat oke.



Deakat Parliment Singapore. Cantik gila. Bangunan dia memang klasik.



Dah penat berjalan kan. Mesti lapar. Kami pergi makan dekat Arab Street yang famaos amos tu. Boleh jumpa macam-macam masakan melayu dan mamak. Kat sini baru aku leh jumpa ramai perempuan bertudung. Tempat laen memang sangat ramai chinise dan foreigner. Ada jual macam-macam jugak kat sini macam kaen, baju dan tudung. Kitorang masuk kedai pak arab. Kedai dia bersih sangat. Lege dapat basahkan tekak. Korang datang Singapore silalah bawak makanan spare macam roti dan jangan lupa air mineral k. Sebab kat sana air mineral harga 3kali ganda. Mula-mula aku punya lapar over gila, nak order nasi arab dengan murtabak Singapore sekali. Mr S cakap kita order murtabak je dulu, kalau lapar lagi baru order laen. Murtabak dia macam gergasi, besar gila. Boleh makan 2-3 orang. Total harga dalam $10.



Depan masjid area Arab Street


Tengok gambar bawah ne flat dekat Singapore, macam kondo dekat Malaysia. Memang cantik dan bersih. Dah la bandar dia tak jem walaupun kereta banyak. Teruja tengok kereta dekat Singapore semua baru, cantik dan mahal. Pengguna kereta memang dikenakan syarat ketat yang mana kereta over than 5 years kene lupuskan. Jumpa banyak kereta Bentley dorang buwat teksi je. Gila kan. Haa..lagi satu buwat penggemar superbike, naked bike, dekat Singapore ne sangat la bersepah dan dorang parking tepi jalan je. Sama tarap dengan basikal je tempat parking dia.



Lepas tu kami jalan-jalan lagi samapai ke Aljunied. Tempat ne MRT die dah macam kat KL. Tergantung. Macam kawasan pinggir bandar. Rata-rata orang chinese pendapatan sederhana kot tinggal sini.


Petang before balik kami patah balik ke City Hall sebab nak pergi Bugis Village/ Bugis Street. Kat sini boleh dapat macam-macam cenderahati untuk bagi dekat kawan-kawan korang. Aku beli baju dan kasut kat sini. Murah-murah la jugak.



P/s :




  1. Kat Singapore sangat banayak Shopping Complex besar, macam kat KL juagak, kua je MRT kalau tersalah baca singboard masok la korang dekat shopping dia. Tengok signboard mole-molek k sebab jaaln dia sangat banyak.

  2. Pakai la flat shoes atau selipar yang selesa ye supaya kaki korang tak melecet.


  3. Jangan lupa bawak air mineral.


  4. Pakai baju yang serap peluh.


  5. Baca peta leklok dan plan tempat nak pergi

  6. Enjoy your trip to Singapore.




Tuesday, May 24, 2011

Trip Hari Ke-2 : Ahad ke Kukup + Danga Bay

Seperti sudah dijanjikan aku sudah sediakan entry baru pergi holiday bersama buah hati pujangga aku yang dirahsiakan nama demi kesejahteraan sejagat. Ceh! Dia gangster AU3, so tak boleh dikecohkan namanya. Korang jangan heran kenapa takde trip Hari Ke-1 sebab kami ke Port Dickson konon-konon urusan kerja Mr S, padahal gi meronggeng makan dengan manager beliau jerk. Pastu dorang boleh claim OT sampai pukol12. Sangat tak senonoh kan.



Sampai Pontian rumah pak Ngah Mr S ketika malam masih muda. Borak-borak dengan keluarga beliau dan kami masuk tidor secara BERASINGAN ye. Nak tekankan cikit, walaupun kami pergi bercuti berdua, tapi kami tidur di rumah saudara beliau. Saya sangat terkilan dengan anasir mulut nakal yang mengata kami macam-macam sebab pergi holiday berdua. Sila maklum ye, sepanjang 4 hari 3 malam bercuti, kami tidur rumah pak Ngah (bapak saudara Mr S). Mood, emo!!!



Hari Ahad yang hening dimulakan dengan melawat ladang kelingwon Tok Bak ( Datok Mr S). Dengar cerita ada bunian berkampung kat sini. Okey, jom kita tak payah hurai panjang-panjang. Aku dah seram.




Nampak ke tidak muka bangga Mr S dapat naek bot. Dia ne aku rasa tak pernah jumpa bot kot, budget orang KL biasa la kan. Muka dia dalam gambar kat bawah ne aku rasa macam mintak penampar tapak kaki aku je. Masa ne kami OTW tengok-tengok ikan air yang dijerat dalam pukat. Aku pun tak tahu nak namakan ape kejadahnya tempat kat bawah ne. Tapi kan, ikan dia besar gabak, boleh makan orang taw. Tempat ne dekat gila dengan Indonesia. Aku takot nak pergi sampai Indon sebab orang cakap situ tempat pelacuran. Ei, takot aku.


*Muka mintak penampor tapak kaki*



*Ish, muka comel*




Next. Kami singgah dekat KUKUP. Mesti korang tak tahu kan kat mana KUKUP neh. Saje taw nak tulis KUKUP guna caps lock sebab nak bagi korang nampak jelas-jelas. KUKUP ne merupakan tempat penghujung tanah bagi Semenanjung Malaysia. Dan kalau tak salah aku jugak, KUKUP merupakan penghujung Selatan Tanah Besar Asia Tenggara. Pekan KUKUP takdela besar dan maju tapi tempat dia cantik dan best untuk dilawati.

Gambar kat bawah neh main entrance nak melawat tempat paya bakau KUKUP. Nak masuk kene bayar taw. Tapi murah je, kurang dari RM5. Korang boleh memancing, ambik gambar dan lepak-lepak. Tapi korang dilarang membuat maksiat ye.


*Mazila in Action*



*Sapik in Action*
Muntah!!!!




*We both in Action*




Kita punya trip habes lebih kurang asar. Penat dan lapar sangat. Kami balik ke pekan Pontian. Kat Pontian memang terkenal dengan penduduk cina yang agak ramai. Kedai makan pun semua kedai cina. Penat lah jugak pusing-pusing cari kedai. Rasa nak marah pun ada, dah la lapar, panas lagi. Dngai perangai driver lain macam siyal . Betola Mr S cakap, driver Johor memang terok. Sory kalau sape-sape terasa. Memang mostly drive macam jalan tu moyang dorang yang punya. Lepas setengah jam meronda, aku nampak jugak kedai kecik tepi jalan. Kedai bakso rasanya. Orang endon kot owner dia. Kedai memang lekeh habes, tapi korang jangan pandang sambil tutup mata ye, sebab masakan dia, memang terbaek dan murah sangat.




Perut dah berbunga riang, so kami balik umah mandi dan solat. Sebab malam tu kami ke Danga Bay. First time hokay aku gi sane. Well, takdela menarik sangat dan biasa je. Boleh la sekadar bawak family dan budak-budak nak maen kan. Dating pun okey jugak. Before balik, kami pergi makan dekat STULANG. Banyak sangat kedai seafood dia. Memang superb TERBAEEEEKK!!! dan yang penting muraaaah. Korang patut pergi taw kalo pergi holiday kat Johor.















Nanti hari Trip Hari Ke-3 menyusul :)