Di kala hujung minggu, kalau banyak masa dan mesti uwang juga, ape salahnya kita cari aktiviti yang boleh bagi urat bontot tegang cikit kan. So, kawan-kawan mari lah kita ber ATV. Encik Sapik saya cukup pantang kalau girlfriend dia membebel cakap bosan, tadak benda nak buwat hujung minggu. Mula la dia cari benda yang boleh tutup mulut puaka aku. Nah! ATV jawapan kami untuk minggu ini. Sila jangan jeles kalau saya nak cakap sume benda yang kita main pada hari tersebut adalah totally free package sekali breakfast, lunch yang superb macam dekat hotel dengan mandi dekat pool. Kagum tak? Kebetulan je tu, apa orang cakap, langkah kaki kiri. Harhar.
Pagi yang agak hening tu dimulakan dengan perasaan marah membuak-buih dekat Sapik yang tidor balik lepas aku kejut dia pukul 7. (Tape, lepas dia pergi ambil aku, aku dah bebel dekat dia empat bakol). Padan muka ko pendek. Oh!Pendek tu panggilan kadang-kadang aku dekat Sapik. Panggilan selalu aku dekat die itik, jalan terkedek-kedek golek bontot macam itik. Menyampah aku.! Tengok tu, nak describe pasal Sapik dah berjela. Tu yang takde orang hendak baca blog kaw.
Okey-okey, lepas tu kami breakfirst omputih style. Orang yang join AVT Adventure ne ya Rabbi, superb ramai. Al-maklumlah, nama pun free kan. Semua orang cintakan benda free. Over! Aku ingt untuk kami je free, perasan sungguh!.
Sementara tunggu AVT free tu, kami maen tembak-tembak free. Nak maen paintball free takot, lagipun kami berdua je, tak cukup members. Kami tak tahu hari tu sume free. Kalau tak i bawak nenek i dari kampung maen AVT sama taw. Over lagi!
Jom tengok boyfriend i menembak. Style dah ada, tapi sayang jangan percaya pada style, die banyak tembak pokok buluh kat belakang tu je. Ape dia nampak tah kat pokok tu. Muka ex-girlfriend yang tinggalkan dia tu kot. Kehkeh.
Mamat ne excited sampai ternganga mulut.
Penat i, minum dulu. Budget panas dan lumpur. Aku siap pakai inner dengan tight legging. Over gile, padahal boring. Cecece, tipu je. Memang mencabar okey. Tapi akukan hebat dan pro. *Muntah!! Memperkenalkan ustazah abad ini.Wink. Wink.
Kontrol pendek. *Muntah!
Marilah kita menonton sedikit sedutan activiti bermain ATV
Kalau anda semua nak info lebih. Jom lets check it out their coolest blog. Memang style. Semua info ada kat website ini. Call dorang k. Owner dia baek gile. Tak tipu.
http://www.atvadventurepark.com/
Promote sikit. :)