Monday, March 14, 2011

Gigi

Gigi adalah struktur keras berwarna putih kekuningan dan lokasi gigi tumbuh mestilah di dalam gusi mulut bukan di tapak kaki mahupun bawah ketiak. Ia digunakan untuk mengunyah, meragut, menghancurkan dan juga memamas sebarang benda yang di masukkan di dalam mulut. Paham tak? Tak paham sudah. Mukadimah bukan maen, kalah esei PMR. Gigi manusia normal ada 32 batang. Cekira, cekire. Agak-agak terlebey tu bukan manusia normal la tu. Kalau kurang tu tandanya anda sudah tua maka gigi yang sudah uzur telah gugur.

Kalau agak agak masih anak dara sunti teruna pujaan, tapi gigi tidak cukup 32 macam mana? Tu tandanya gigi dia rosak, lepas tu doctor gigi menyarankan membuang gigi tersebut sebab dia malas nak plaster gigi awak yang dah berlobang macam kawah danau toba kat Indonesia. Aku masih dara sunti tapi gigi aku dah hilang 4 batang. Memang masa kecik kecik perangai malas gosok gigi aku je yang taw. Selalu aku ambil ubat gigi letak kat jari lepas tu sapu kat gigi. Then kumor. Siap. Step gosok gigi macam aku takkan lebey dari 10 saat. Tak caye balik try kat umah. Akibatnye, umor baru 24 tapi dah 2 batang gigi aku kene buang. Dah besar besar ne masalah takot nak menampal gigi lak berjangkit. Memang aku brutal, tapi bila berkaitan dengan gigi aku malas. Muka cantik, tapi gigi bersepai. Opss, cantik ke? Tanya boyfriend saya, dia cakap saya cantik.

Tapi untung gak, aku malas gosok gigi masa kecik, tak fasal fasal aku dah buang 2 batang gigi. Before aku kene pakai braces minggu depan, aku dah cabut gigi lagi 2 batang. Kalau kene cabut 4 batang sekali gus mau aku tak makan nasi seminggu. Yang hitam hitam tu tempat gigi aku rongak. Yang gigi tersusun putih tu korang jangan percaya, tu bukan gigi aku. Tok sah nak pentipu, gigi korang pun bukan putih sangat. Member member duk perli gigi rongak cam orang tua, perli la perli la.
Sebenarnya aku tanak citer, tapi cam nak citer lak. Ish, malu taw.. Dua tiga hari ne ramai lak mamat pakai BMW la, merz la, yang naek motor cabok lagi ramai duduk sengeh sengeh usya aku, aku sekarang ne duk kaver senyum sikit sikit je sebab takot kantoi aku gigi rongak. Jatuh la kemaluan aku kan. Tapela tape la. Tahun depan gigi aku cantik cam Britney Spears. Hambek ko!!!

Next week saya pakai braces!!!! Bersedia untuk tidak selera makan selama setahun setengah!!

4 comments:

Nazatul shima said...

weyyy...mu nk paka braces?? dok takot ke?? hehehe..

Moumo said...

mu jgn la tnye gtu
hek sungguh r.
hahha

aku pakai ari selase minggu depan
debor gile ase neh

eeqa~ said...

nk pakai jugak! nk gg chantek jugak! hihi :)

Moumo said...

eeqa@

bebe ur gg da cntik gile la,
xpyh nk ngade pakai braces