Friday, October 30, 2009

Animal shows Respect to their Love Ones

Cimpanzi beri penghormatan terakhir

Beberapa ekor cimpanzi berpegangan tangan semasa melihat bangkai Dorothy ditanam baru-baru ini.


YAOUNDE - Satu keluarga cimpanzi bergegas berdiri di tepi pagar bagi memberikan penghormatan terakhir pada bangkai seekor tokoh haiwan itu, Dorothy di Pusat Perlindungan Cimpanzi Sanaga-Yong di Cameroon, Afrika, lapor sebuah akhbar semalam.

Beberapa ekor haiwan tersebut berpegangan tangan dan mendiamkan diri semasa melihat bangkai Dorothy yang berumur 30 tahun itu ditanam baru-baru ini.

Gambar itu dirakamkan oleh seorang pekerja di pusat itu, Monica Szczupider.

Menurut Szczupider, Dorothy yang mati kerana kegagalan jantungnya berfungsi merupakan tokoh terkenal di kalangan 25 ekor cimpanzi di pusat tersebut.

I ♥♥♥ U :

Rasa sebak sangat baca artikal ne. Mungkin sebab aku jenis yang sensetif dan sangat menyayangi keluarga kot,. :-( . (kawan-kawan pun aku sayang jugak. weee)

Baru-baru ne aku ada pi tengok cimpanzi kat zoo Taiping. Mereka ne sangat la comel, cute, sweet, caring dan boley jadi kawan kita. Ei, geram sangat nak wat balik umah pastu pelok die tak nak lepas. (Next entry Lawatan ke zoo Taiping)

Kepada manusia di luar sane, sila jadikan contoh erk. Sayangilah keluarga anda. Binatang pun tahu hargai orang yang die sayang. Kepada yang berkenaan, sila malu kepada diri sendiri. Tq

I love them ♥

No comments: