Animal, Natures Verdant Lovers
Rasa mahu berbicara dalam bahasa ibunda la dekat dalam entry ini.
Jam 1o.oo pagi
Setiap pagi kerja aku macam biasa, baca surat khabar online untuk mengetahui perkembangan semasa, pilihan utama gosip dan juga sukan (I love Sport). Lepas itu, Kauthar tanya dan ingatkan aku berkali-kali "McLa tanak pegi umah Umi ke? Mak dia dah beli barang sume tau nak masak untuk kita?". Aku senyum tidak ikhlas langsung. Aku malas kepergi umah Cik Mimi bukan apa. Dia tamo (tidak mahu) pun tinggal di rumah sewa ini untuk satu malam. Aku mahu mengajak cik mimi pergi berjalan-jalan during on my bufday (menci cik mimi) . Tetapi ya, saya sudah dipaksa, maka saya harus pergi juga ya (sila betulkan intonasi anda dengan meniru gaya mak piere andre dalam cerita dunia baru). Mandi. Pastu membuat lawak bodoh dengan berpakaian t-shirt murahan ketat lepas itu jalan menonggek sedikit hingga menampakkan bontot selulit.wtf. Agak sengal la jugak kan anak muda sekarang ini. Aku tidak se-brutal itu okai. Makanya, aku berkeputusan untuk memakai pakaian paling sopan yang pernah aku ada (xmahu hypocrite, memang semua baju aku tidak sopan. Ade sesiapa kisah?Sila memberi komen ye). Bersiap ala kadar sahaja, sebab dah memang tetap tidak seberapa nak chun pun kalau pun make up setebal Qistina dalam Spa-Q.
Jam 11.45 pagi
Isi minyak RM20. Selepas itu kami bergerak ke Kemuning iaitu sebuah pekan bersebelahan dengan Taiping yang tidak terlalu maju dan juga terlalu kuno jika dibandingkan dengan pekan Kuala Krai yang lebeh kurang 40minit dari rumah aku yang hutan gila itu.. Kami perlu menempuh lebeh kurang sejam perjalanan untuk sampai sebelum cik mimi datang menjemput dengan ayah dia. Ayah dia sangat sweet sebab sanggup bersusah menjemput kawan-kawan cik mimi. Kalo ayah aku memang tak ade sempat waktu kot untuk buat benda-benda sebegini. Dia suke lagi masuk hutan, kotorkan badan dia lepas tu tengok pekerja dia kerja dan piat telinga dorang kalo dorang buwat salah. Ok dah marah abah. Jap g adik mintak maap. Mak umi sangat rajin sebab sanggup bersusah payah masak laksa Peneng walaupun rumah dorang kat negeri Perak, sediakan kueh raya walaupun bulan syawal dah habes, goreng keropok yang diimport khas dari Terenggaunu.. Besh sangt sebab kami memang sudah kebulor tahap 60 lapan. Seingat aku Liza kot makan paling banyak. Tettttttt..!!! Sorry bebe. Saham ko masih tak jatuh sebab makcik-makcik yang dah short-listed kau sebagai calon menantu masa depan tak sempat waktu nak baca entry aku. Maka, dorang tak tahu ko makan banyak. Even abang kelisa putih pun tidak tahu url blog aku. Ok tidak perlu bersusah payah untuk berasa risau
Ok. Sila menggembirakan diri anda semasa melihat gambar kami di bawah. Masih merujuk di muka surat yang sama.
Part 1 : Aktiviti Santai Bersama Paparazzi Tak-Pro
Part 2 : Keep tummies Happy Instead Butang seluar Tak Muat Nak Butang
Ok dah kenyang. Dah hampir petang. Hari cam nak hujan. Minta izin pergi berjalan-jalan sekitar bandar Taiping. Cik Mimi ajak la pergi zoo tempat dia main pondok-pondok mase kecik. She knows everything about all the animals. Tapi peliknya, die tatau cmne nk g sane.. Die ne memang agak sengal la jugak kan. :-) Hampun cik Mimi.
Jam 3.00 petang
Let's check it out. We rock the zoo bebeh!!Sila enjoy kan diri melihat gelagat haiwan di zoo Taiping.
Part 3 : Berdisko Bersama Haiwan di zoo Taiping dance Floor. I Like
Top Model untuk promosi Zoo Tepeng :-)
(Semua kt atas train tuh nak amik gambar saya ye,bukan binatang2 tu. Anda sila maklum)
Entry ne akan bersambung. So stay tuned bebeh :-)
No comments:
Post a Comment