Tuesday, May 24, 2011

Trip Hari Ke-2 : Ahad ke Kukup + Danga Bay

Seperti sudah dijanjikan aku sudah sediakan entry baru pergi holiday bersama buah hati pujangga aku yang dirahsiakan nama demi kesejahteraan sejagat. Ceh! Dia gangster AU3, so tak boleh dikecohkan namanya. Korang jangan heran kenapa takde trip Hari Ke-1 sebab kami ke Port Dickson konon-konon urusan kerja Mr S, padahal gi meronggeng makan dengan manager beliau jerk. Pastu dorang boleh claim OT sampai pukol12. Sangat tak senonoh kan.



Sampai Pontian rumah pak Ngah Mr S ketika malam masih muda. Borak-borak dengan keluarga beliau dan kami masuk tidor secara BERASINGAN ye. Nak tekankan cikit, walaupun kami pergi bercuti berdua, tapi kami tidur di rumah saudara beliau. Saya sangat terkilan dengan anasir mulut nakal yang mengata kami macam-macam sebab pergi holiday berdua. Sila maklum ye, sepanjang 4 hari 3 malam bercuti, kami tidur rumah pak Ngah (bapak saudara Mr S). Mood, emo!!!



Hari Ahad yang hening dimulakan dengan melawat ladang kelingwon Tok Bak ( Datok Mr S). Dengar cerita ada bunian berkampung kat sini. Okey, jom kita tak payah hurai panjang-panjang. Aku dah seram.




Nampak ke tidak muka bangga Mr S dapat naek bot. Dia ne aku rasa tak pernah jumpa bot kot, budget orang KL biasa la kan. Muka dia dalam gambar kat bawah ne aku rasa macam mintak penampar tapak kaki aku je. Masa ne kami OTW tengok-tengok ikan air yang dijerat dalam pukat. Aku pun tak tahu nak namakan ape kejadahnya tempat kat bawah ne. Tapi kan, ikan dia besar gabak, boleh makan orang taw. Tempat ne dekat gila dengan Indonesia. Aku takot nak pergi sampai Indon sebab orang cakap situ tempat pelacuran. Ei, takot aku.


*Muka mintak penampor tapak kaki*



*Ish, muka comel*




Next. Kami singgah dekat KUKUP. Mesti korang tak tahu kan kat mana KUKUP neh. Saje taw nak tulis KUKUP guna caps lock sebab nak bagi korang nampak jelas-jelas. KUKUP ne merupakan tempat penghujung tanah bagi Semenanjung Malaysia. Dan kalau tak salah aku jugak, KUKUP merupakan penghujung Selatan Tanah Besar Asia Tenggara. Pekan KUKUP takdela besar dan maju tapi tempat dia cantik dan best untuk dilawati.

Gambar kat bawah neh main entrance nak melawat tempat paya bakau KUKUP. Nak masuk kene bayar taw. Tapi murah je, kurang dari RM5. Korang boleh memancing, ambik gambar dan lepak-lepak. Tapi korang dilarang membuat maksiat ye.


*Mazila in Action*



*Sapik in Action*
Muntah!!!!




*We both in Action*




Kita punya trip habes lebih kurang asar. Penat dan lapar sangat. Kami balik ke pekan Pontian. Kat Pontian memang terkenal dengan penduduk cina yang agak ramai. Kedai makan pun semua kedai cina. Penat lah jugak pusing-pusing cari kedai. Rasa nak marah pun ada, dah la lapar, panas lagi. Dngai perangai driver lain macam siyal . Betola Mr S cakap, driver Johor memang terok. Sory kalau sape-sape terasa. Memang mostly drive macam jalan tu moyang dorang yang punya. Lepas setengah jam meronda, aku nampak jugak kedai kecik tepi jalan. Kedai bakso rasanya. Orang endon kot owner dia. Kedai memang lekeh habes, tapi korang jangan pandang sambil tutup mata ye, sebab masakan dia, memang terbaek dan murah sangat.




Perut dah berbunga riang, so kami balik umah mandi dan solat. Sebab malam tu kami ke Danga Bay. First time hokay aku gi sane. Well, takdela menarik sangat dan biasa je. Boleh la sekadar bawak family dan budak-budak nak maen kan. Dating pun okey jugak. Before balik, kami pergi makan dekat STULANG. Banyak sangat kedai seafood dia. Memang superb TERBAEEEEKK!!! dan yang penting muraaaah. Korang patut pergi taw kalo pergi holiday kat Johor.















Nanti hari Trip Hari Ke-3 menyusul :)

3 comments:

ZoOLhEaLmE said...

ole2 utk aku ade? hehe

Moumo said...

da smgu lbeh balik,
ole2 sume da abes.
hahaha

toseef said...

The most obvious function of clothing is to protect the wearer from the elements. In hot weather, clothing provides protection from sunburn or wind damage. In the cold, it offers thermal insulation. Shelter can reduce the functional need for clothing. For example, coats, hats, gloves and other outer layers are normally removed when entering a warm place. Similarly, clothing has seasonal and regional aspects so that thinner materials and fewer layers of clothing are generally worn in warmer regions and seasons than in colder ones
lawn new collection 2021
ladies lawn dresses 2021
new lawn suit design
designer lawn collection
pakistani lawn shop